Friday, July 5, 2019

Prompt Word: MIMPI

+++++++
Perihal mimpi dalam konteks diri saya ini, amat signifikan. Boleh saya katakan, saya seorang manusia yang bermimpi hampir setiap kali dibuai lena. Tidak kira waktu, malam atau pun siang, sekejap atau pun lama, saya akan bermimpi. Saya jenis ingat kisah mimpi hampir 80% selepas saya bangun.
Seorang kawan yang mengadu tidak pernah bermimpi atau sukar mengalaminya, mula bermimpi apabila mengenali saya. Hairan, boleh berjangkit ke? Saya pula hairan dengan dia yang tidur tidak bermimpi.
Saya fikir, mimpi saya, selain hanya mainan tidur, mungkin memberi petanda perkara akan datang. Satu ketika, lama dahulu, saya bermimpi satu situasi cemas. Seorang jururawat sedang memeluk seorang budak kecil dan menyorok di bawah kaunter. Di luar, hingar bingar. Rupa mereka seperti orang Timur Tengah. Mimpi ini berulang sebanyak tiga malam berturut-turut. Berpeluh-peluh saya pada waktu paginya.
Saya berasa aneh. Saya tidak tahu apa yang perlu saya buat. Saya fikir waktu itu, paling baik adalah mengucapkan istighfar dan berikan doa yang baik-baik sahaja.
Dua tahun kemudian, saya menonton berita. Ada slot berita luar negara. Waktu itu ada babak rakaman peperangan yang berlaku di Iraq (serangan Amerika). Tahu tak, babak yang sama seperti dalam mimpi saya dipaparkan di layar tv. SubhanAllah, mimpi saya jadi kenyataan!
Waktu itu, barulah saya faham keadaan sebenar.
Mimpi biasanya hanyalah mainan tidur. Mungkin juga otak kita sedang merehatkan tubuh yang keletihan. Macam kita tengok wayang, saya agaklah. Namun, sesekali, mimpi juga memberi petanda dan memperingatkan kita tentang sesuatu.
Sebelum tidur, jangan lupa baca doa dan berwuduk. Semoga mimpi yang kita dapat itu memberikan ilham yang baik-baik. Jauhkan kita daripada mimpi ngeri dan memenatkan (kena kejar harimau, contohnya 😁).
---------
Adakalanya, mimpi yang paling baik adalah ketika kita membuka mata. 😉

No comments:

Post a Comment

SUBWAY SANDWICH Sebelum masuk ke kedai, Myra berjanji tidak akan meminta makanan yang berlebihan atau terlalu mahal. Begitulah yang sering...