Tuesday, September 3, 2019

SUBWAY SANDWICH

Sebelum masuk ke kedai, Myra berjanji tidak akan meminta makanan yang berlebihan atau terlalu mahal. Begitulah yang sering diucapkan tetapi saya yang sudah terlalu faham anak dara seorang itu, tahu yang saya akan dipermainkan seteruk-teruknya.

Masuk sahaja, dia memilih sandwich-nya. Selepas itu dia berpesan mahu semua hidangan tambahan (side snack) seperti keropok kentang dan biskut coklat.

"Nah, Myra bayar sendiri," hulurnya.

Saya menyambut huluran sambil terkebil-kebil.

"Dua ringgit?" 

"Okeylah tu. Mummy tambahlah bakinya."

Sabar sajalah. Walau saya selalu geram dengannya perihal pesanan makanan, satu perkara yang saya pegang dan selalu ingatkan diri, Myra dan abangnya Zikr, adalah anak-anak yang sedang membesar. Jika mereka teringin mahu makan, saya akan berusaha adakan. Berbeza dengan barangan. Lebih-lebih lagi melihat mereka makan sampai habis licin. Puas hati rasanya. Namun begitu, saya kawal juga mereka memesan makanan yang saya fikir sekadar membazir saja. Tidaklah sebegitu bebas. Poket saya pun agak terhad. Huhu

Saya memang hadkan diri untuk makan sekali sahaja pada waktu siang. Tetapi, pagi ini saya kurang berselera semasa bersarapan menyebabkan rasa lapar menerjah awal dan untuk mengeruhkan lagi keadaan, akibat kerja yang lambat siap tadi, sudah agak lewat untuk makan tengah hari. Maka, saya ikutkan saja kehendak selera Myra. Kedai pilihannya hari ini.




Subway sandwich - Seafood Sensation + semua sayur + sos (honey mustard, sweet onion, BBQ, cili).

Prompt: Makan Tengah hari
#Fotoblog
#SeptemberChallenge



No comments:

Post a Comment

SUBWAY SANDWICH Sebelum masuk ke kedai, Myra berjanji tidak akan meminta makanan yang berlebihan atau terlalu mahal. Begitulah yang sering...